Wikipedia:Hak cipta - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mendokumenkan
dasar atau polisi
Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan
sepersetujuan
Jalan pintas
HC
Matlamat
Wikipedia
ialah mencipta sumber maklumat dalam bentuk ensiklopedia secara percuma. Lesen yang kami guna memberikan capaian percuma kepada kandungan kami sama seperti
perisian bebas
dilesenkan. Oleh itu kandungan Wikipedia boleh disalin, disunting dan disebarkan selagi versi baru memberikan kebebasan yang sama kepada orang lain dan mengakui Wikipedia sebagai sumber. Oleh itu, rencana Wikipedia kekal percuma selamanya dan boleh digunakan oleh sesiapa pun tertakluk kepada beberapa syarat, yang bertujuan mengekalkan kebebasan tersebut.
Hak cipta Wikipedia
Dasar
Dasar hak cipta
Dasar perlanggaran hak cipta
Menggunakan semula kandungan
Teks lesen (
CC BY-SA 3.0
GFDL
Garis panduan
Kandungan domain awam
Kandungan tidak bebas
Hak cipta bukan A.S.
Menyalin di dalam Wikipedia
Indeks penerangan hak cipta
Nasihat
Soalan lazim
Menyumbang bahan berhak cipta
Menyalin teks daripada sumber lain
Parafrasa rapat
Permohonan izin hak cipta
Proses
Masalah hak cipta
Sumber
Bantuan hak cipta
Soalan hak cipta media
Tag hak cipta fail
Pengisytiharan izin
Untuk memenuhi matlamat tersebut, teks terkandung dalam Wikipedia dilesenkan kepada umum di bawah
Lesen Dokumentasi Bebas GNU
(GFDL). Teks penuh lesen ini terdapat di
Wikipedia:Teks Lesen Dokumentasi Bebas GNU
Kebenaran diberikan untuk menyalin, mengedar dan/atau menyunting teks semua bahan Wikipedia di bawah Lesen Dokumen Percuma GNU, Versi 1.2 atau sebarang Versi dikeluarkan oleh
Free Software Foundation
, dengan tiada Bahagian Tak Berubah (
Invariant Sections
), tanpa Teks Halaman Hadapan (
Front-Cover Texts
), dan tanpa Teks Halaman Belakang (
Back-Cover Texts
).
Kandungan Wikipedia tertakluk kepada
penafian
Teks bahasa Inggeris GFDL merupakan satu-satunya dokumen sah (
legally binding document
); kandungan yang berikut merupakan pemahaman kami tentang GFDL: hak dan tanggungjawab pengguna dan penyumbang.
PENTING: Jika anda ingin menggunakan kandungan Wikipedia, baca terlebih dahulu seksyen "hak dan tanggungjawab pengguna". Anda kemudian perlu membaca "Lesen Dokumentasi Bebas GNU".
Hak dan tanggungjawab pengguna
Jika anda ingin menggunakan bahan Wikipedia dalam buku/rencana/laman web atau sebarang penerbitan, anda boleh melakukannya, tetapi anda perlu mematuhi GFDL, seperti berikut:
bahan anda perlu dilesenkan di bawah GFDL,
anda perlu mengakui hak penulisan rencana (seksyen 4B), dan
anda mesti membenarkan laluan kepada bahan "salinan jelas" (
transparent copy
) (seksyen 4J). (Salinan jelas rencana Wikipedia adalah seperti teks wiki dan laman web HTMl)
Anda boleh memenuhi sebahagian syarat kedua dan ketiga dengan menyediakan pautan terus ke rencana Wikipedia berkenaan di sini. Anda juga perlu menyediakan salinan jelas teks baru. Anda digalakkan memberikan maklumat penulis rencana itu sendiri.
Contoh pemberitahuan
Di bawah ialah satu contoh pemberitahuan untuk sebuah rencana yang menggunakan rencana Wikipedia
Cahaya
Rencana ini dilesenkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Ia menggunakan bahan daripada rencana Wikipedia "Cahaya".
("Cahaya" dan URL Wikipedia haruslah digantikan dengan yang sepatutnya.)
Sebagai pilihan, anda boleh menyebarkan salinan rencana Cahaya anda beserta salinan GFDL (seperti dijelaskan dalam teks) dan menyenaraikan sekurang-kurangnya lima (atau semua jika kurang daripada lima) penulis utama pada laman depan dokumen tersebut (atau di atas rencana).
Bahan kegunaan adil dan keperluan khusus
Semua teks asli Wikipedia dilesenkan di bawah GFDL. Kadangkala, rencana Wikipedia mungkin memasukkan gambar, bunyi atau petikan teks di bawah
kegunaan adil
fair use
) undang-undang hak cipta AS. Perbuatan ini diterima jika tiada gambar/bunyi berlesan bebas dapat dijumpai (sehinggalah ia dijumpai).
Di Wikipedia
, penggunaan bahan "kegunaan adil" harus dikenal pasti sebagai berpunca daripada tempat lain (di laman penerangan imej atau laman sejarah). Hal ini boleh menghadkan penggunaan bahan-bahan tersebut di luar Wikipedia. Kandungan "kegunaan adil" ini tidak termasuk dalam lesen GFDL, tetapi bergantung kepada undang-undang di mana media tersebut diminta (digunakan).
Wikipedia menggunakan sesetengah teks di bawah lesen yang sesuai dengan GFDL tetapi mungkin memerlukan syarat tambahan yang tidak diperlukan untuk teks asli Wikipedia (seperti Bahagian Tak Berubah (
Invariant Sections
), tanpa Teks Halaman Hadapan (
Front-Cover Texts
), dan tanpa Teks Halaman Belakang (
Back-Cover Texts
)). Apabila bahan ini digunakan, anda harus memasukkan seksyen tak berubah tersebut kata demi kata (
verbatim
).
Garis panduan gambar
Imej dan gambar foto, seperti karya bertulis, tertakluk kepada
hak cipta
. Ia dimiliki seseorang melainkan ia diletakkan dengan jelas dalam
domain awam
. Imej yang digunakan di internet perlu dilesenkan daripada pemilik hak cipta ataupun wakilnya. Dalam sesetengah kes, panduan
kegunaan adil
boleh digunakan untuk membolehkan sesuatu gambar digunakan.
Teg
Laman penerangan imej boleh diberikan teg untuk menunjukkan status imej tersebut dari segi undang-undang, seperti di
Wikipedia:Teg hak cipta imej
Karya asli pengarang Wikipedia
Baguslah, anda hebat.
Karya kerajaan AS
Karya oleh pekerja awam atau tentera kerajaan persekutuan AS dalam tugas mereka adalah dalam domain awam. Walau bagaimanapun, karya ini tidak termasuk karya oleh kontraktor yang dilesenkan oleh kerajaan AS. Begitu juga dengan karya kerajaan negeri AS.
Hak cipta kerajaan UK
Karya kerajaan UK mempunyai hak cipta selama 50 tahun dari tarikh ia diterbitkan/dihasilkan. Selepas itu, ia termasuk dalam domain awam.
Hak cipta di Malaysia
Karya-karya yang dihasilkan di Malaysia terlindung di bawah
Akta Hakcipta 1987
selama 50 tahun sebelum memasuki domain umum.
Gambar bintang
Hal ini berdasarkan panduan imej di
IMDB
, jadi ia amat berkaitan dengan gambar orang terkenal, tetapi boleh juga digunakan untuk gambar lain. Gambar foto sah biasanya datang daripada tiga sumber dan boleh digunakan
dengan kebenaran
Studio, penerbit, penerbit majalah atau lokasi pemilik lokasi penggambaran.
Jurugambar atau agensi yang mewakili jurugambar.
Bintang tersebut sendiri atau wakilnya.
Hak dan tanggungjawab penyumbang
Jika anda menyumbang bahan kepada Wikipedia, anda dianggap melesenkannya kepada awam di bawah lesen GFDL (tanpa bahagian tak Berubah, teks halaman hadapan atau halaman belakang). Untuk menyumbang, anda mestilah mempunyai kuasa menggunakan lesen ini, yang beerti sama ada anda:
anda memiliki hak cipta bahan tersebut, contohnya kerana anda yang menghasilkannya, atau
anda mendapat bahan tersebut daripada sumber yang membolehkan pelesenan di bawah GFDL, contohnya kerana bahan tersebut dalam
domain awam
atau memang berlesen GFDL.
Dalam kes pertama, hak cipta bahan tersebut masih milik anda. Anda boleh menerbitkannya semula dengan apa lesen atau bentuk yang anda inginkan. Namun, anda tidak boleh mengambil balik versi GFDL yang anda letakkan di sini, ia kekal di bawah GFDL selama-lamanya. Dalam kes kedua, jika anda menggunakan bahan GFDL, sebagai memenuhi tuntutan GFDL, anda harus mengakui penciptanya dan memberikan pautan kembali kepada lokasi rangkaian salinan asal.
Menggunakan hasil hak cipta orang lain
Jika anda menggunakan sebahagian karya orang lain atas sebab "
kegunaan adil
", atau anda mendapat izin untuk menggunakannya daripada pemilik hak cipta, anda harus menyatakan sedemikian (bersama nama dan tarikh). Tujuan kami adalah untuk menyebarkan sebanyak mungkin kandungan Wikipedia, jadi gambar dan fail bunyi asal yang dilesenkan di bawah GFDL atau dalam domain awam sentiasa lebih disukai berbanding fail media berhak cipta yang berstatus kegunaan adil.
Jangan gunakan bahan yang melanggar hak cipta orang lain. Perbuatan ini boleh menghasilkan liabiliti undang-undang dan menjejaskan projek ini. Jika tidak pasti, karang sendiri.
Sila perhatikan bahawa undang-undang hak cipta mengawal penyataan kreatif idea, bukan idea atau maklumat itu sendiri. Jadi adalah sah untuk anda membaca rencana ensiklopedia atau karya lain, menulis kembali dengan cara anda dan menghantarnya kepada Wikipedia. Walau bagaimanapun, anda digalakkan menyatakan sumber anda supaya lebih beretika. Lihat
penciplakan
dan
kegunaan adil
untuk perbincangan sejauh anda karya tersebut harus ditulis semula secara am.
Pautan kepada hasil hak cipta
Memaut kepada karya berhak cipta biasanya tiada masalah, asalkan anda telah mencuba memastikan bahawa laman tersebut tidak mencabuli hak cipta
orang lain
. Jika ya, harap
jangan
pautkannya. Sama ada pautan tersebut akan turut dikira melanggar hak cipta boleh diperbahaskan di mahkamah, tetapi memaut kepada tapak yang sengaja melanggar hak cipta akan memberikan tanggapan buruk kepada kita. Jika tapak tersebut menggunakan konsep kegunaan adil, pautan dibolehkan.
Sekiranya anda bertemu dengan pelanggaran hak cipta
Ia bukanlah tugas setiap ahli Wikipedia untuk memantau setiap rencana bagi memastikannya tidak melanggar hak cipta, tetapi jika anda terjumpa atau merasakan ada pelanggaran, silalah sekurang-kurangnya nyatakan rasa syak anda di laman perbualan rencana terbabit. Orang lain akan memeriksa keadaan tersebut dan mengambil tindakan jika perlu. Maklumat terbaik yang anda boleh berikan ialah URL atau sumber lain yang anda percaya merupakan sumber asal. Sekadar mengatakan sesuatu perkara melanggar hak cipta tidak membantu.
Sesetengah kes akan didapati palsu. Contohnya jika penyumbang tersebut merupakan pemilik suatu karya berhak cipta yang diterbitkan di tempat lain, dia masih boleh meletakkannya di sini sebagai GFDL jika dia mahu. Malah kadang-kadang juga kes sebaliknya berlaku, iaitu laman web lain yang meniru Wikipedia. Dalam kedua-dua kes, dinasihatkan untuk dinyatakan sedemikian untuk mengelakkan amaran palsu lagi di masa hadapan.
Jika sebahagian kandungan laman memang melanggar hak cipta, ia patut dikeluarkan dan dinyatakan di laman perbualan bersama dengan sumber asal. Jika izin dapat diperolehi kemudian, teks tersebut boleh dikembalikan kepada rencana.
Jika
semua
kandungan laman tersebut disyaki melanggar hak cipta. Sila berikan sumber asal dan beritahu mana-mana
penyelia
. Jika anda benar dan tiada usaha untuk menulis kembali teks tersebut, ia akan dihapuskan. Dalam kes melampau seseorang penyumbang masih meletakkan bahan berhak cipta walaupun diberikan amaran, dia boleh disekat daripada menyunting untuk melindungi projek ini.
Lihat juga
Wikipedia:FAQ Menyunting
Wikipedia:Kandungan tidak bebas
Wikipedia:Teg hak cipta imej
Perbincangan lanjut...
en:Wikipedia:Copyright problems
Pandangan Wikimedia terhadap undang-undang hakcipta dan kegunaan wajar
m:Wikipedia and copyright issues
m:Avoid copyright paranoia
m:Permission grant extent
Polisi dan garis panduan utama Wikipedia
Gambaran umum
Dasar dan garis panduan
WP:DASAR
) •
Senarai dasar
WP:SD
) •
Senarai garis panduan
WP:SGP
Prinsip sejagat
Wikipedia bukanlah
WP:BUKAN
) •
Polisi lanjutan
WP:EXPOL
) •
Polisi menyunting
WP:SUNTING
) •
Kesalahan biasa
WP:SALAH
) •
Abaikan semua peraturan
WP:ABAI
Polisi kandungan fail
Hak cipta
WP:HC
Polisi piawai rencana
Pandangan berkecuali
WP:NPOV
) •
Pengesahan
WP:V
) •
Tiada penyelidikan asli
WP:NOR
) •
Biografi orang yang masih hidup
WP:BLP
) •
Polisi penghapusan
WP:DEL
) •
Kriteria penghapusan segera
WP:KPS
Polisi tingkah laku
Anggaplah niat baik
WP:AGF
) •
Kesopanan
WP:CIV
) •
Larangan serangan peribadi
WP:NPA
) •
Tiada ancaman undang-undang
WP:LEGAL
) •
Pemilikan rencana
WP:MILIK
) •
Peraturan batalkan tiga kali
WP:3RR
) •
Perang sunting
WP:WAR
) •
Pengguna boneka
WP:SOCK
) •
Polisi sekatan
WP:BLOCK
Polisi penyelesaian
Sepersetujuan
WP:CON
) •
Penyelesaian pertikaian
WP:DR
Panduan tingkah laku
Etiket
WP:EQ
) •
Jangan menggendalakan Wikipedia untuk menggambarkan pendapat
WP:POINT
) •
Jangan hentam pengguna baru
WP:BITE
) •
Jangan memainkan sistem
WP:GAME
)  •
Apakah itu Troll
WP:TROLL
) •
Penyuntingan yang mengganggu
WP:GANGGU
Panduan pengelasan
Sublaman
WP:SP
) •
Senarai
WP:L
) •
Kategori
WP:CAT
) •
Templat
WP:TMP
Panduan kandungan
Konflik kepentingan
WP:COI
) •
Jangan masukkan salinan sumber asli
WP:NPS
) •
Nyahkekaburan
WP:D
) •
Jangan melakukan tipu helah
WP:HOAX
) •
Kelayakan
WP:N
) •
Karut nyata
WP:PN
) •
Laman pengguna
WP:PENGGUNA
) •
Laku musnah
WP:VAN
Panduan suntingan
Saiz rencana
WP:SIZE
) •
Berani mengemaskini
WP:BOLD
) •
Bina web
WP:BTW
) •
Ringkasan suntingan
WP:ES
) •
Tandatangani laman perbincangan
WP:SIG
) •
Laman perbincangan
WP:TALK
) •
Sunting kopi
WP:SUNTINGKOPI
Gaya penyuntingan
Manual gaya penulisan
WP:MGP
) •
Tajuk rencana
WP:NC
Diambil daripada "
Kategori
Polisi rasmi Wikipedia
Polisi dan panduan Wikipedia
Wikipedia
Hak cipta Wikipedia
Kategori tersembunyi:
Tidak dicetak
Wikipedia
Hak cipta
Tambah topik