Wikipedia:Penyelia/Permohonan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikipedia:Penyelia
Arkib
Pentadbiran
Papan kenyataan
Polisi
Tanggungjawab
Birokrat
Pemeriksa
Permohonan
Pengundian
Senarai penyelia
Log hak pengguna
Setiap pengguna aktif Wikipedia yang mengetahui tentang peraturan serta polisi Wikipedia, serta memiliki keinginan untuk memajukan Wikipedia layak untuk memohon menjadi seorang penyelia.
Syarat menjadi penyelia
Syarat-syarat yang harus dipenuhi seorang pengguna
sebelum
mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai calon:
Calon haruslah seorang yang mengetahui selok belok Wikipedia seperti kata kunci yang terdapat di Wikipedia, templat, kategori, dan sebagainya.
Alamat e-mel (surat elektronik) harus diaktifkan dan tepat serta telah dipersetujui. Selain itu, calon penyelia haruslah memperbolehkan pengguna lain mengirimkan e-mel dengan mengaktifkan fungsi tersebut di tatarajah pengguna.
Telah menyunting di Wikipedia minimum selama
3 bulan
Jumlah suntingan minimum mencapai
500
. Kepelbagaian serta kualiti suntingan juga merupakan faktor.
Aktif dalam laman perbincangan/kedai kopi/permohonan pendapat/pengundian dsb.
Turut serta melakukan tugas-tugas seorang penyelia. Misalnya, memperbaiki rencana, kategori, templat, meletakkan templat 'hapus' pada rencana yang layak dsb.
Dipersetujui minimum
70%
pengundi. (Pengundi haruslah pengguna berdaftar yang mempunyai 15 suntingan dan minimum telah berdaftar selama 1 minggu sebelum pengundian bermula serta bukan merupakan
pengguna boneka
).
Apabila calon dicalonkan oleh pengguna lain, pengusul harus merupakan pengguna berdaftar dan calon harus menyatakan sudah bersedia dicalonkan terlebih dahulu sebelum dicalonkan.
Buat permohonan baru
Taipkan nama calon penyelia di bahagian "Permohonan" di bawah ini. Jangan lupa untuk menandatangani permohonan anda.
Penyelia kemudian akan memindahkannya ke
laman pengundian
Pengundian dijalankan.
Sekiranya berjaya (sokongan melebihi 70% jumlah undian), calon tersebut akan dilantik oleh salah seorang birokrat.
Catatan; Pengguna yang kelihatan sememangnya tidak layak menjadi penyelia dan tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidak akan dipindahkan ke laman pengundian dan permohonan akan ditolak.
Waktu terkini ialah
12:29:33,
24 April
2026
UTC
Hapuskan ingatan para pelayan
jika permohonan tidak dikemaskini.
Permohonan menjadi
Penyelia
Akifamzar
bincang
sumbangan
Saya,
Akifamzar
, ingin mencalonkan diri saya sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Saya telah menyertai komuniti ini sejak Jun 2025 dan aktif menyumbang dalam bidang hiburan, muzik, dan biografi tokoh. Saya berhasrat untuk membantu memantau rencana daripada vandalisme dan memastikan kualiti rencana seni sentiasa terjaga. Saya juga telah memahami polisi-polisi Wikipedia dan bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. --
Akifamzar
bincang
11:42, 24 April 2026 (UTC)
balas
Penyelia antara muka
Hakimi97
bincang
sumbangan
Kini terdapat begitu banyak gajet yang sudah usang di Wikipedia Bahasa Melayu, seperti yang saya utarakan di
Wikipedia:Penyelia/Papan_kenyataan#Minta_tolong_untuk_menyelenggara_laman-laman_gajet
pada 16 hari lalu. Disebabkan sudah dua minggu berlalu sejak saya mengajukan hal ini di Papan kenyataan Penyelia, dengan tidak ada maklum balas daripada penyelia antara muka sedia ada, maka saya berpendapat sudah tiba masa untuk saya mencalonkan diri saya disebabkan saya sudah ada masa lapang untuk mengemas kini gajet yang penting, contohnya seperti yang diminta di
Siaran Berita Teknologi Meta Wiki Isu ke-15 tahun 2026
. Untuk pengetahuan semua, saya sudah pun menjadi seorang penyelia antara muka di Wikisumber bahasa Melayu selama 1 tahun 11 bulan (rujuk
laman ini
), dan saya juga telah membantu @
PeaceSeekers
berkenaan selok belok pengemaskinian kod modul dan gajet di Wikikamus Bahasa Melayu. Saya berharap permohonan saya dapat dipertimbangkan supaya dapat meringankan beban para penyelia antara muka di Wikipedia Bahasa Melayu.
محمد حكيمي
bincang
02:12, 24 Mac 2026 (UTC)
balas
Birokrat
Penganjur Acara
Sebarang permintaan sebagai
Penganjur Acara
hendaklah ditujukan ke
laman permohonan khas
ini.
Pemeriksa
Wikipedia bahasa Melayu belum memiliki
Pemeriksa
sendiri. Oleh itu, sebarang permintaan
Pemeriksa
hendaklah ditujukan ke
Meta-Wiki
Permohonan perlucutan
Penyelia
Birokrat
Permohonan yang ditolak
Penyelia
Lihat juga
Arkib permohonan
Nasihat untuk calon penyelia
Diambil daripada "
Kategori
Penyeliaan Wikipedia
Kategori tersembunyi:
Laman projek Wikipedia yang separuh dilindungi
Wikipedia
Penyelia/Permohonan
Tambah topik
US