Wikisumber - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikisumber
Tangkap layar
Kandungan terperinci laman utama Wikisumber Berbilang Bahasa
Maklumat umum
URL
wikisource
.org
Eponim
wiki
(mul)
dan
sumber
Jenis
Perpustakaan digital
Tersedia dalam
Berbilang bahasa (sebanyak 83 subdomain yang aktif)
Ditubuhkan
24 November 2003
Pengurusan dan pentadbiran
Pemilik
Yayasan Wikimedia
Pencipta
Jimmy Wales
Pengasas
User-generated
Kandungan dan sokongan
Komersial
Tidak
Pendaftaran
Pilihan
Dilancarkan pada
24 November 2003
; 22 tahun yang lalu
2003-11-24
Status terkini
Online
Enjin perisian
MediaWiki
(mul)
Perangkaan
Kedudukan Alexa
3,824 (28 November 2017)
4,009 (7 September 2018)
4,976 (9 September 2017)
4,630 (24 Ogos 2020)
Lokasi
Negara asal
Amerika Syarikat
Pautan luar berkaitan
Pautan lain
sunting
sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Wikisumber
(dalam bahasa Inggeris:
Wikisource
) merupakan sebuah
perpustakaan digital
dalam talian dengann kandungan
sumber teks
percuma
berplatformkan
wiki
, yang dikendalikan oleh
Yayasan Wikimedia
. Wikisumber merupakan nama projek secara keseluruhan, dan juga merupakan nama untuk setiap projek individu (dan setiap contoh projek individu tersebut biasanya mewakili setiap bahasa yang berbeza); pengumpulan laman Wikisumber dalam pelbagai bahasa inilah yang membentuk projek Wikisumber secara keseluruhannya. Matlamat projek ini adalah untuk mengehoskan semua bentuk teks percuma dalam banyak bahasa, serta padanan terjemahan yang berkaitan teks percuma itu. Pada asalnya, projek ini dianggap berfungsi sebagai arkib untuk menyimpan teks sejarah yang berguna atau penting, tetapi kini ia telah berkembang menjadi perpustakaan dengan kandungan umum. Projek ini secara rasminya bermula pada 24 November 2003, di bawah nama
Project Sourceberg
, yang merupakan nama terbitan daripada
Project Gutenberg
. Nama "
Wikisource
" ini telah diterima pakai pada tahun itu dan ia menerima
nama domainnya
sendiri.
Projek ini memegang karya yang sama ada dalam
domain awam
atau
berkandungan bebas
; yakni karya yang diterbitkan secara profesional atau dokumen sumber sejarah, bukannya karya saraan diri. Pengesahan dokumen pada mulanya dibuat di luar talian, atau dengan mempercayai sumber kandungan digital daripada perpustakaan yang tinggi kebolehpercayaannya. Kini karya-karya disokong oleh imbasan dalam talian melalui sambungan ProofreadPage, yang memastikan kebolehpercayaan dan ketepatan teks projek.
Sesetengah projek Wikisumber berbahasa individu yang mewakili sesuatu bahasa yang spesifik kini hanya membenarkan kerja disandarkan dengan imbasan sahaja. Walaupun sebahagian besar koleksinya adalah teks, Wikisumber secara keseluruhannya juga mempunyai kandungan media lain, termasuklah komik, filem dan
buku audio
. Sesetengah projek Wikisumber membenarkan anotasi yang dijana oleh pengguna, tertakluk kepada dasar khusus Wikisumber tertentu. Projek Wikisumber secara keseluruhannya telah mendapat kritikan kerana kurang kebolehpercayaan tetapi ia juga dipetik oleh organisasi seperti
Arkib Negara dan Pentadbiran Rekod
Amerika Syarikat.
Sehingga April 2026, terdapat 83 bahasa dengan subdomain Wikisumber yang aktif
yang terdiri daripada sejumlah 6,804,453 rencana dan 3,796 penyunting aktif baru-baru ini.
Rujukan
sunting
sunting sumber
Wikimedia
's
MediaWiki
API:Sitematrix
. Retrieved April 2026 from
Data:Wikipedia statistics/meta.tab
Ayers, Phoebe; Matthews, Charles; Yates, Ben (2008).
How Wikipedia Works
. No Starch Press. m/s.
435–436
ISBN
978-1-59327-176-3
"Transcribe | Citizen Archivist"
Diarkibkan
daripada yang asal pada 31 October 2013
. Dicapai pada
4 October
2013
Wikimedia
's
MediaWiki
API:Siteinfo
Pautan luar
sunting
sunting sumber
Wikimedia Commons
mempunyai media berkaitan:
Wikisumber
Wikisumber:
Portal Wikisumber Berbilang Bahasa
Portal Wikisumber Bahasa Melayu
Tentang Wikisumber:
Danny Wool on Wikisource
(rencana
Yayasan Wikimedia
).
A personal perspective on the history of Wikisource
by
Angela Beesley
Perbincangan dan rencangan awal projek ini
(Meta)
Yayasan Wikimedia
Orang
Projek
Komuniti Wikipedia (Wikipedia)
Projek
Wikipedia
sejarah
Senarai Wikipedia
Penapisan Wikipedia
Wikikamus
Wikimedia Commons
Wikidata
Wikipetik
Wikibuku
Wikisumber
Wikispesies
Wikiberita
Wikiversiti
Wikilayar
Wikifungsi
Abstrak Wikipedia
Lain-lain
Gerakan Wikimedia
Senarai cawangan Wikimedia
Wikimania
Wiki
MediaWiki
Litigasi
Yayasan Wikimedia lwn. NSA
Knowledge Engine
Related
The Signpost
Wikimediawan Tahunan
Kecerdasan buatan dalam projek Wikimedia
Google dan Wikipedia
Wikipedia untuk Warisan Dunia
Diambil daripada "
Kategori
Perpustakaan digital
Projek Wikimedia
Wiki
Kategori tersembunyi:
Halaman dengan label Wikidata tidak diterjemahkan
Wikisumber
Tambah topik